ummu_ain
Assalamualaikum ....

Raya tahun ni, kami sekeluarga beraya di Kuala Pilah (kampung sebelah abang). Petang hari raya pertama kami dah pun pulang ke Pahang. Pulang awal sebab mak nak buat kenduri sempena adik nak berangkat ke Netherland.

Tahun ni rasanya tak banyak berbeza dengan tahun2 sebelumnya..cuma rasanya kurang meriah.Persediaan raya macam biasa ..sederhana sahaja..Umi tak beli baju raya pun walaupun dah plan nak beli...lagipun umi dah 36 minggu masa raya tu...

Raya tahun ni pun kami semua tak bergambar pun..Ntahlah kenapa..semacam muram je tahun ni...Mungkin ummi asyik risau dengan keadaan umi yang boleh deliver bila2 masa sahaja..