ummu_ain

Pagi , saya membuka email dan memo seperti biasa. Ada satu memo yang mengusarkan saya iaitu memo daripada Tuan Haji berkenaan ketidakhadiran mesyuarat pada petang semalam. Saya scroll down mencari nama saya kerana saya tahu saya tidak hadir semalam. Setelah nama dijumpai saya agak kecewa kerana nama saya telah disenaraikan sebagai tidak hadir tanpa sebab.

Saya telah pun memaklumkan ketidakhadiran saya kepada seketariat dan juga kepada Tuan haji sendiri.Mungkin beliau tidak membuka dan membaca memo daripada saya.Seingat saya, saya bukan lah jenis orang yang tidak hadir mesyuarat tanpa sebab atau tanpa makluman.

Tetapi kerapa kali juga perkara seperti ini berlaku kepada saya..Saya berfikir kenapa ianya berlaku..Seorang pelajar cemerlang, sentiasa berada di kelas di awal waktu, sebelum pensyarah memasuki kelas untuk mengajar..Ditakdirkan pada suatu hari. Pensyarah tersebut telah mengunci pintu 10 minit setelah kelas bermula. Pelajar cemerlang tadi, secara kebetulan telah lewat pada hari tersebut, lantas telah dimarahi oleh pensyarah tersebut.Adakah situasi tersebut adil pada pelajar demikian?

Kadang-kadang kita berasa ‘down’ kerana perkata sebegitu berlaku kerana kita adalah seorang yang cakna terhadap sesuatu perkara .Begitulah aturan hidup manusia. Adakalaya kita merasa apa kita perbuat sentiasa betul dan mematuhi segala peratuaran. Ada ketika pula, kita dimarahi kerana kesilapan yang bukan kita inginkan. Itulah takdir Allah, Allah sedang mengingatkan kita.

Janganlah kita mudah melenting dengan apa yang berlaku. Ada hikmah disebaliknya, muhasabah lah diri kita.Mungkin kita telah melakukan dosa kecil pada hari tersebut tanpa kita sedari. Justeru kita diingatkan supaya memperbanyakkan beristightar…

Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah..