ummu_ain

Pagi , saya membuka email dan memo seperti biasa. Ada satu memo yang mengusarkan saya iaitu memo daripada Tuan Haji berkenaan ketidakhadiran mesyuarat pada petang semalam. Saya scroll down mencari nama saya kerana saya tahu saya tidak hadir semalam. Setelah nama dijumpai saya agak kecewa kerana nama saya telah disenaraikan sebagai tidak hadir tanpa sebab.

Saya telah pun memaklumkan ketidakhadiran saya kepada seketariat dan juga kepada Tuan haji sendiri.Mungkin beliau tidak membuka dan membaca memo daripada saya.Seingat saya, saya bukan lah jenis orang yang tidak hadir mesyuarat tanpa sebab atau tanpa makluman.

Tetapi kerapa kali juga perkara seperti ini berlaku kepada saya..Saya berfikir kenapa ianya berlaku..Seorang pelajar cemerlang, sentiasa berada di kelas di awal waktu, sebelum pensyarah memasuki kelas untuk mengajar..Ditakdirkan pada suatu hari. Pensyarah tersebut telah mengunci pintu 10 minit setelah kelas bermula. Pelajar cemerlang tadi, secara kebetulan telah lewat pada hari tersebut, lantas telah dimarahi oleh pensyarah tersebut.Adakah situasi tersebut adil pada pelajar demikian?

Kadang-kadang kita berasa ‘down’ kerana perkata sebegitu berlaku kerana kita adalah seorang yang cakna terhadap sesuatu perkara .Begitulah aturan hidup manusia. Adakalaya kita merasa apa kita perbuat sentiasa betul dan mematuhi segala peratuaran. Ada ketika pula, kita dimarahi kerana kesilapan yang bukan kita inginkan. Itulah takdir Allah, Allah sedang mengingatkan kita.

Janganlah kita mudah melenting dengan apa yang berlaku. Ada hikmah disebaliknya, muhasabah lah diri kita.Mungkin kita telah melakukan dosa kecil pada hari tersebut tanpa kita sedari. Justeru kita diingatkan supaya memperbanyakkan beristightar…

Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah..

ummu_ain
Assalamualaikum ....

Raya tahun ni, kami sekeluarga beraya di Kuala Pilah (kampung sebelah abang). Petang hari raya pertama kami dah pun pulang ke Pahang. Pulang awal sebab mak nak buat kenduri sempena adik nak berangkat ke Netherland.

Tahun ni rasanya tak banyak berbeza dengan tahun2 sebelumnya..cuma rasanya kurang meriah.Persediaan raya macam biasa ..sederhana sahaja..Umi tak beli baju raya pun walaupun dah plan nak beli...lagipun umi dah 36 minggu masa raya tu...

Raya tahun ni pun kami semua tak bergambar pun..Ntahlah kenapa..semacam muram je tahun ni...Mungkin ummi asyik risau dengan keadaan umi yang boleh deliver bila2 masa sahaja..
ummu_ain

Assalamualaikum..

Semalam genap tanggal 18 Julai 2010 merupakan harijadi saya yang ke 28.Abang orang yang pertama mengucapkannya dan diikuti Ain setelah diajar oleh abahnya.Aqilah masih belum mengerti.Apa yang istimewanya....tak der apa apa pun.Abang bawa kami anak beranak makan di Secret Recipe.Katanya dah lama kita tak makan kek.Aqilah yang paling banyak makan fish and chip walaupun berkongsi dengan umi.

Semoga dengan pertambahan usia ini akan lebih mematangkan diri dan memotivasikan diri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini dan semalam.Amin
ummu_ain
Kursus ini diadakan di UMP Gambang selama 3 hari bermula 29 Jun sehingga 1 Julai 2010. Saya hanya sempat pergi 2 hari sahaja sebab hari ketiga saya sibuk finalize markah student.Rasa rugi juga kerana hari ketiga tu hari paling best (menurut cerita kawan2 lah yang attend sekali, Amir dan Dr. Agung).Penceramah kursus ialah Prof Madya Dr.Norzaidi Mohd Daud dari UiTM.


Apa saya dapat sepanjang 2 hari berkursus yer…Saya tahu serba sedikit mengenai flagship jurnal yang mana ianya terbahagi kepada dua iaitu listed in ISI Thomson Reuters dan listed in Scopus (SCImago).Sekiranya paper kita di publish dalam kedua-dua jurnal tersebut maka paper itu dikira sebagai ber’impact’lah.


Sebanyak 10 ribu jurnal yang tersenarai di ISI Thompson berbanding 30 ribu di Scopus menjadikan ISI Thompson jurnal yang berimpak tinggi.Impact factor ialah pengukuran kepada kekerapan artikel dalam sesebuah jurnal di’cited’kan dalam tahun yang tertentu.


Selain itu penceramah turut membangkitkan semangat untuk menerbitkan artikel dan juga menyertai pertandingan innovation. Saya agak teruja juga mendengar ceramah beliau.Kata beliau, kalau ingin pergi ke luar negara secara percuma terbitlah artikel banyak-banyak dan hantar ke international jurnal.Menarik idea tu kan…Bilalah agaknya saya nak pergi luar negara…Asyik dok ulang alik Pilah dan KL jer…..


Itulah sedikit catatan kursus penulisan jurnal.
ummu_ain
Salam..
Hari ni badan rasa nak demam. Tekak dah perit.Mungkin penangan bengkel 4 hari. Lagipun cuaca sekarang ni tak menentu.Kadang -kadang hujan ,kadang panas. Petang ni pun mendung.Harap- harap balik rumah nanti aqilah tak meragam lah. Sbb umi nak rehat.Abang ajak pergi pasar malam.Tp ntahlah larat tak nak pergi. Kalau aqilah buat perangai mintak didukung sepanjang berjalan, penatlah umi.
ummu_ain

Ain Zahra binti Zulfika
ummu_ain
Aqilah Zulfah (masamnyer adik.....)

Abah nagn aqilah

Kinit and her husband (tak tau nama)

Omak diapit oleh 2 little princess (Tisya and Naema).Bibik kat belakang


Gambar -gambar di atas adalah dari facebook Kak Long (Zubaidah Anuar's photos)