ummu_ain
Kursus ini diadakan di UMP Gambang selama 3 hari bermula 29 Jun sehingga 1 Julai 2010. Saya hanya sempat pergi 2 hari sahaja sebab hari ketiga saya sibuk finalize markah student.Rasa rugi juga kerana hari ketiga tu hari paling best (menurut cerita kawan2 lah yang attend sekali, Amir dan Dr. Agung).Penceramah kursus ialah Prof Madya Dr.Norzaidi Mohd Daud dari UiTM.


Apa saya dapat sepanjang 2 hari berkursus yer…Saya tahu serba sedikit mengenai flagship jurnal yang mana ianya terbahagi kepada dua iaitu listed in ISI Thomson Reuters dan listed in Scopus (SCImago).Sekiranya paper kita di publish dalam kedua-dua jurnal tersebut maka paper itu dikira sebagai ber’impact’lah.


Sebanyak 10 ribu jurnal yang tersenarai di ISI Thompson berbanding 30 ribu di Scopus menjadikan ISI Thompson jurnal yang berimpak tinggi.Impact factor ialah pengukuran kepada kekerapan artikel dalam sesebuah jurnal di’cited’kan dalam tahun yang tertentu.


Selain itu penceramah turut membangkitkan semangat untuk menerbitkan artikel dan juga menyertai pertandingan innovation. Saya agak teruja juga mendengar ceramah beliau.Kata beliau, kalau ingin pergi ke luar negara secara percuma terbitlah artikel banyak-banyak dan hantar ke international jurnal.Menarik idea tu kan…Bilalah agaknya saya nak pergi luar negara…Asyik dok ulang alik Pilah dan KL jer…..


Itulah sedikit catatan kursus penulisan jurnal.
0 Responses

Post a Comment